JOM SERTAI KEMPEN DAFTAR SEBAGAI
AHLI SEUMUR HIDUP PERSATUAN KAUNSELOR PENDIDIKAN MALAYSIA
PEKA adalah Badan NGO Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan no : PPM-012-16-30092004
Hanya RM 110 untuk menjadi ahli seumur hidup
SEJARAH
Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyatukan kegiatan kaunselor-kaunselor organisasi dan Guru Bimbingan & Kaunseling (GBK) di KPM yang bersifat keilmuan dan kebajikan. Sejak penubuhannya PEKA telah mempunyai keahliah yang ramai diseluruh negara. Setiap tahun PEKA telah mengadakan aktiviti bersifat latihan peningkatan ilmu dalam kalangan ahli dan menjalankan aktiviti kemanusiaan dan kesukarewanan. Terdapat juga aktiviti PEKA bergabung dengan Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM, dengan Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah serta bergerak dengan badan-badan sukarela yang lain (NGO’s). Operasi persatuan adalah memfokus kepada bidang latihan dan motivasi serta perkembangan bidang hubungan menolong terutama yang melibatkan kepakaran dalam bidang kaunseling dan perkhidmatan menolong.
Pelbagai Keistimewaan Yang Bakal Diberikan Kepada Ahli PEKA. .
Antaranya:
➡ Mendapat Potongan Harga Untuk Program Yang Di Anjurkan Oleh PEKA.
➡ Program Kelas Terapi Kaunseling PERCUMA untuk semua Ahli – Bersiaran hampir setiap hari (Ada CPD LKM)
➡ Berpeluang Menyertai Pelbagai Aktiviti & Khidmat Sukarelawan dalam Negara dan Luar Negara
➡ Dan Pelbagai Lagi Keistimewaan Menanti Anda. . .
SIAPA SAHAJA YANG BOLEH MENDAFTAR MENJADI AHLI?
Keahlian terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mendaftarkan keahlian kategori berikut:
1. AHLI SEUMUR HIDUP - Terbuka kepada semua yang berkhidmat atau pernah berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
2. AHLI SEUMUR HIDUP BERSEKUTU - Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan mendalami bidang Psikologi Kaunseling dalam apa juga setting
Syarat Minimum Keahlian : Berminat dalam bidang psikologi kaunseling, dan pernah mengikuti apa juga bengkel / seminar mengkhusus bidang psikologi dan kaunseling.
Antara aktiviti yang dijalankan PEKA
CSR Trauma Healing untuk anak Survivor Pelarian Syria di Jordan
CSR Visiting Counselor kepada pelajar-pelajar Malaysia di luar negara
Program-program latihan hubungan menolong kepada pelbagai lapisan masyarakat
Bantuan kemanusiaan kepada Hospital di Palestin
Simposium dan Seminar Antarabangsa tahunan dengan pelbagai rakan kerjasama di luar dan dalam negara
Projek PEKA dan Komuniti
Program Korban PEKA di Kemboja setiap tahun
Round Table Discussion untuk peningkatan kemahiran dan ilmu hubungan menolong
DAN BANYAK LAGI YANG MENARIK
Buy Now